Sabtu, 22 April 2017
KERANA LELAKI SANGGUP SANTAU KAWAN BAIK SENDIRI (KISAH BENAR)
Tak tahu nak mula dari mana. Tak semua org percaya pada sihir. Santau.Aku sendiri tak percaya benda mcm nk. Nk dijadikan cerita. 3 hari sebelum aku bertunang. Muka aku bernanah teruk. The whole face. Dalam hati Allah je tahu aku tgok muka aku buruk dalam sekelip mata. Tp masa tu aku
baru lepas minum madu. Jadi aku salahkan madu. Aku cuba positif dan ambil mood sbb nk bertunang lgi 3 hari walaupun hati aku sebenarnya sedih sgt. Masa bertunang aku nampak famili lelaki semua terkejut tgok muka aku. Yela sebelum ni muka aku cantik Iicin elok je. Aku malu bila famili dia pandang and tegur kenapa muka. Hari berlalu sampai lah 2 bulan selepas tu ada hamba Allan menegur muka aku ni bukan jerawat biasa. Bo wonder lah aku pergi buat chemical peel, aku buat carbon laser semua takjd pape. Makin worst ada lah. Tapi bila hamba Allah tu tegur. Aku cuba berubat kampung.
.
And , yes. Kata ustaz sebuan tahfiz tu aku disantau.Tak puas hati jumpa sorg ustaz aku cari lagi org lain. Sampi org ketiga aku jumpa dia cerita org yg santau aku ni nak bakal suami aku. Tapi bakal
suami aku tak nak dia. Ustaz tu siap ckp ciri2 pompuan yg hantar santau ni. Tapi ak tak dpt nk agak, ak cerit kt tunang aku. Dia serba salah dia ingatkan kawan2 pompuan dia. Yela aku mengaku dia mmg hensem and bergaya. So aku down. Aku rase ak tak layak untuk die. Muka aku mula berkudis dan berkuping. Aku malu nakjumpa dia. Tapi lepas 3 bulan bertunang dia nak juga jumpa aku dia nk tgok keadaan aku depan mata dia. Bila jumpa alhamdulillah dia masih 0K.
.
.
Lagi 3 bulan nak kahwin, kami tunang tak lama. Tarikn diawalkan. Sbb ada famili lelaki nk cepatkan sbb dia tanak org yg menyantau aku buat aku lagi teruk. Katanya. Byk Allan bagi aku petunjuk. Tapi aku nampak sebenarnya siap dalang semua ni jadi. 2 minggu sebelum aku kahwin, aku jumpa sorg kakak. Dia pndai berubat. Aku ikntiar lgi selagi aku ada masa. Alhamdulillah muka aku makin 0K.
Before aku kahwin aku ajak kawan baik aku yg selama ni aku usung ke mana saja pergi spa or pergi klinik kulit beli brg and mcm2. Aku ajak dia tidur dgn ak spent time dgn aku before aku jd bini org. And masa dia masuk bilik aku ada bau bangkai. Aku ada tegur muk dia berubah. Tapi keadaan terus senyap. Ak tak syak pape Igi. Aku cuma msg akak yg berubat aku, aku gtau dia bilik aku bau bangkai malam tu. Die cuma jawab bawa bertenang fokus hari nikah.
.
Esok nak nikah ak down sbb tetibe muka yg dh elok baik jd buruk balik sedangkan malam tu ak nak nikah. Aku tggu kawan baik aK datang ak nk menangis. Tp dia tak dtg. Padahal dia janji nk dtg pkaikn aku inai petang tu. Allahuakbar aku masih tk nampak petunjuk dr Allah.
.
.
Dipendekkan cerita, majlis nikah aku berjalan lancar dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai. Kawan baik aku still tak smpai. Seelokknya aku dh sah menjadi isteri barulah kawan baik aku sampai. Seminggu selepas kahwin, aku jumpa akk yg berubat aku. Aku nak tanu siapa dalang semua ni. Aku tak sedap hati. Dan dia cuma cakap, bau yg busuk sebelum aku kawhin tu sbb org tu datang bawa benda tu. And org tu tk dpt dtg sebelum aku nikah sbb dia psang pdinding untuk aku hari nikah aku. Sbb tu selesai majlis bru org tu boleh sampi. Berdesup darah aku ke kepala. Terus menangis. Allahuakbar. Dia ke kak? Terus aku tnya. Dia cuma senyum.
.
Aku cuma nak share cerita ni. Pd korg yg bakal kanwin yg ada kawan baik. Berhati2 lah. Aku tak pernah percaya semua ni. Tapi bila jadi pd aku. Aku yakin dia sbb byk benda aku nampak selama ni patutlah dia marah ak balik kampung nak beli cincin tunang dgn bakal suami aku, dia selalu nk ikut kami dating, dia selalu perli ak depan kwn2 lain sbb aku selalu dating, dia selalu gedik depan bakal suami aku. Bila kahwin ingatkn semu surut, tapi tak. Ak sehabis baik blok dia die Kt insta and fb. Aku cuba jauhkan diri dr dia. Tp dia masin menghantr mungkin sbb dia nampak aku bahagia dekat pge org lain. Kepada kau wahai sahabat, dunia akhirat aku anggap ko macam kakak sendiri. Kau lembut sopan tudung sgt labuh. Kenapa ko buat aku mcm ni. Di manakah setia persahabtan kita selama 17 tahun ni.
.
Hati2 dgn kawan baik. Hati-hati. Emm
.
Siapa ada tempt berubat lagi. Bolen inform. Sy masih nak berubat demi
rumantangga saya. Tq.
==================================================
Penawar Sihir Sinar Biru- Kit Rawatan Islam mudah & berkesan +6011-21415443
https://www.facebook.com/harumanrawatansinarbiru/?ref=bookmarks
https://www.facebook.com/harumanrawatansinarbiru/?ref=bookmarks
https://www.facebook.com/harumanrawatansinarbiru/?ref=bookmarks
Penawar Sihir Sinar Biru- Kit Rawatan Islam mudah & berkesan +6011-21415443
Jumaat, 21 April 2017
KETAHUI 10 JENIS SIHIR YANG LAZIM BERLAKU !
KETAHUI 10 JENIS SIHIR YANG LAZIM BERLAKU !
.
.
1. SIHIR PENCERAIAN
.Disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri. Antara simptom-simptomnya:
.
– Sering bergaduh atas isu kecil
– Panas baran tanpa sebab
– Tidak suka / selesa tengok wajah pasangan
– Tidak boleh duduk berdua
– Sering prasangka buruk
– Sering mimpi bukan-bukan pasal pasangan
-Bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh
.
.
2. SIHIR PENGHALANG NIKAH ( BERAT JODOH)
.Biasanya lebih kerap berlaku daripada ‘ain daripada sihir.
.
Kesannya:
– Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh
– tempoh berkenalan / bertunang biasanya tidak akan berkekalan
– Selalu mempunyai isu terutama apabila ingin melibatkan perkahwinan
– Beberapa kali putus tunang secara mendadak
.
.
3. SIHIR PENDARAHAN
.Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahun
.
Simptomnya:
– Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah)
– Darah yang keluar tidak normal
Boleh juga jadi:
– Haidh tidak kunjung tiba walaupun berbulan-bulan
.
.
4. SIHIR PEMISAH
.Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga / pasukan / kumpulan. Boleh jadi sebuah
kumpulan bisnes, yang akan memisahkan antara partner.
.
Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan dengki
oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.
.
Kesan:
– Selalu bersangka buruk antara satu sama lain
– Tidak boleh berbincang dengan elok
.
.
5. SIHIR PENYAKIT
.Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.
.
Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
– Muntah darah
– batuk berterusan
– Ulcer
– Kanser
– Jantung
.
.
6. SIHIR MAHABBAH/ SIHIR PENGASIH
.Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain
.
Tanda-tandanya:
– Terlalu obses dengna lelaki / wanita tersebut
– Selalu terbayang-bayang
– Selalu mengutamakan lelaki /wanita tersebut lebih dari logik / keluarga
.
.
7. SIHIR GILA
.Sihir untuk membuatkan seseorang gila.
.
Dengan membuatkan orang tersebut:
– Terbayang-bayang benda yang tidak wujud
– Sering mendengar bisikan-bisikan
– Sering merasai dirinya dibenci semua
– Sering merasai diri banyak kekurangan & kelemahan
– Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia
.
.
8. SIHIR BISIKAN
.Sering mendengar bisikan-biskan ghaib.
.
.
9. SIHIR MANDUL/TIADA ZURIAT
.Sihir yang membuatkan lelaki / wanita tidak boleh mempunyai anak. Sekiranya mengandung juga,
sering gugur.
.
.
10. SIHIR IKATAN
.Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan /
blockage. Boleh jadi dalam bentuk si suami / isteri tidak bernafsu ketika berhubungan.
Rabu, 19 April 2017
TANDA-TANDA WANITA MENGANDUNG ANAK JIN (WAJIB TAHU)
.1.Emosi tidak stabil
2.Panas baran
3.Sering bersendirian dan takut dengan orang.
4.Sering bermimpi berjimak
5.tidak memikirkan tentang jodoh
6.perut buncit seperti halnya orang mengandung(apabila cukup bulan isi kandungan hilang)
Dapat di kesan tanda tanda peringkat awal :
1) Tidur dihimpit lembaga
2) Terasa seperti ada sesuatu baring atau tidur disebelah
3) atau ternampak kelibat lembaga.
Mahluk jin ini sentiasa memerhatikan mangsanya tidur seperti :
1) Suka tidur keadaan seksi
2) Suka tidur terkangkang
3) Tidur seorang diri atau
4) Tidur tapak tangan tebuka
5) Tidur terlentang.
Oleh sebab itu Nabi SAW “melarang wanita tidur telentang dan lelaki tidur meniarap” ,Sunnah Rasulullah SAW sendiri mengajar agar kita tidur secara mengiring dengan mengepit kaki.
BAGAIMANA MENGESANNYA:
1) Bangun tidur badan rasa letih ATAU
2) Ada kesan lebam di peha atau celah peha ATAU
3) Mendengar sesorang main guli ATAU
4) Mendengar sesorang berbisik di telinga ATAU
5) antara lain di kaki ada seperti corak batik ATAU
Biasanya perkara ini berlaku pada peringkat 26-30 tahun , terjadi kpd wanita yg berkerja. dan malas untuk memikirkan soal kahwin.
PERINGKAT AKHIR:
Apabila berlaku kes rogol begini, wanita akan membiarkan karenah ini kerana merasakan tidak mampu melawan lagi kerana sudah terlalu lama dan akhirnya mereka biarkan sahaja. Pengalaman ini akan menjadi wanita merasai
1) Khayal dan lazat
2) Tidak bercumbuan dan bersetubuh
3) Tidak merasakan mahu berkahwin
4) Klimaks atau basah dgn mencapai nikmat jimak
5) ada kes tertentu wanita merasakan mengandung dan melahirkan anak dalam mimpi serta menyusukan babi @ dipanggil SAKA yg diturunkan dari anak Jin itu.
6) Ada juga kes anak yang ndikandung itu hilang bila kandungan mencecah 9 bulan. Tanpa diduga. antara lain kemungkinan besar benih jin itu lebih besar dari benih manusia dan menyebabkan jin itu mengambil anaknya.
Jika anda, anak anda atau Isteri anda mengalami masalah seperti yang disebutkan di atas, segeralah mendapatkan rawatan Islam bagi menangani masalah itu denga segera.
Wanita Kongsi Cerita Pengalaman Dirogol Jin .
Gambar Sekadar Hiasan
Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling’
.
“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam.”
.
Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Jin Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui jin Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya.
.
Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:
.
Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.
.
Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.
.
Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami.
.
Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.
Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.
Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.
Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.
Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.
.
Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.
.
Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.
.
Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.
.
Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.
.
Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.
.
Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.
.
Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.
.
Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.
.
Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.
.
Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.
.
Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:
.
“Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.
.
“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.
“Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,” katanya.
Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.
Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.
.
Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang ‘ia’ sudah mati dan hendak memeluk saya.
.
Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.
.
Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.
.
Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.
.
Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.
.
Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.
.
Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi ‘amalannya’ diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.
.
Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.
.
Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.
.
Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.
.
Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat – perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.
.
Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.
# Gambar Sekadar Hiasan
Langgan:
Ulasan (Atom)


